Resepi Nasi Dagang + Gulai Ikan Tongkol (IKAN AYA)


Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

2 cawan beras nasi dagang
1 cawan beras pulut
1 1/2 cawan santan sederhana pekat
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu teh halba

Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

Satukan kedua - dua beras,rendam lebih kurang 5 - 6 jam. Toskan.
Rendamkan juga halba untuk seketika saja.
Sementara tu bolehlah kukuskan beras tadi sehingga separuh masak.
Hiriskan bawang merah, bawang putih dan halia.
Perasakan santan dengan garam dan gula. Masukkan bahan - bahan yang di hiris tadi dan juga halba ke dalam santan.
masukkan beras separuh masak tadi ke dalam bekas dan curahkan santan tadi dan gaulkan sehingga benar - benar sebati.
Masukkan beras tersebut lagi sekali ke dalam periuk kukusan dan kukus sehingga nasi masak.
Sedia di nikmati bersama dengan gulai kuning ikan tongkol

selamat mencuba....

Gulai Ikan Tongkol
Resepi Asal: minami@myr
Sumber: tun_telani
1 tin santan(400ml)
1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 2 cm halia, dan 4 cm lengkuas } di'blend'
15-20 tangkai cili kering- potong, rebus, dan buang biji
2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
6 keping asam keping
garam dan secubit ajinomoto- tun xletak ajinomoto
gula
5-6 biji cili padi
1 ekor ikan tongkol
Sedikit nisan/ gula melaka - tun tambah
1 sudu besar kerisik - tun tambah
1 cm belacan
Cara2:
Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak.
Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul.
kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan.
cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan jika suka.
Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam,nisan dan kerisik. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol dan asam keping turut dimasukkan. Masukkan cili padi.
Masak sampai kuah agak pekat.


acar mentah wajib ada ^^
Acar Timun Mentah
Resepi: tun telani

Bahan2:
2 batang timun- buang biji dan potong memanjang
1 batang carrot - tun sagat
2 bj cili merah
2 bj bawang merah- mayang
1cm halia- potong memanjang halus2
1 sk garam
1 sb gula
cuka masakan - dlm 1/4 cawan, lebih kurang la, tun tuang je

Cara2:
Gaulkan semua bahan2 dlm mangkuk
Cuka tu anggar2 je. xperlu tenggelam timun tu. Gaul2kan setiap 5 minit hingga rata.
Tun biasa simpan dlm sejam sblm makan, sbb cuka bila air timun dh keluar :)

ps: kalau nk timun yg rangup, rendam timun dlm air kapur sebentar. Pastu tos, bilas, dan blh campurkan dlm acar.