Okey..ini adalah resepi dan cara-cara meyediakan Sizzling Nooddle:
Sediakan sup (rujuk cara buat sup asas).
BAHAN-BAHAN UNTUK SAJIAN ADALAH
--------------------------------------------------
50grm isi ayam(dipotong nipis) / udang / sotong
fish cake/ fish ball (ikut suka anda)
2-3 Cendawan kering-Direndam sehingga lembut dan potong nipis-nipis.
1 sudu kecil serbuk lada hitam.
Sedikit kicap pekat(untuk menghitamkan kuah sahaja).
Bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Sawi- sesuka anda.
Telur (telur mata kerbau).
Untuk sizzling nooddle apa yang anda perlu lakukan adalah:
-Masukkan kuah (sup) tadi kedalam kuali dan masukkan bahan-bahan spt kicap pekat, serbuk lada hitam, yee mee, isi ayam, cendawan, fish cake.
-apabila yee mee sudah lembut masukkan sawi dan bancuhan tepumg jagung sehingga kuah sedikit pekat.
-sedia untuk dihidangkan didalam hot plate yang sudah dipanaskan atau dalam mangkuk.
- letakkan telur mata di atas.