Resepi Kek Coklat


Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

-2 biji telur
-1 cawan minyak masak
-1 cawan gula pasir
-1 cawan gula perang


Bahan A
-1 sudu kecil vanila
-1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
-1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B
-2 sudu kecil sodium bicarbonate
-1 sudu kecil baking powder
-1/2 cawan serbuk koko
-2 cawan tepung gandum

Topping
-1/2 cawan koko van hauten
-1/2 cawan susu pekat
-1 sudu besar minyak masak

Cara-cara
1.Pukul telur hingga kembang

2.Masukkan gula dan pukul lagi

3.Kemudian masukkan minyak masak

4.Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.

5.Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak

6.Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk