Resepi Laksa Utara


Laksa Utara laksa di buat dari tepung beras sila pastikan laksa yang anda beli tu bermutu tinggi,jika laksa yang tak bermutu tinggi mudah basi, anda jugak boleh gunakan laksa segaera yang di jual di pasaraya ,jika nak tukar jadi mee utara masukkan je mee wakakaka,,,dan cara membuatnya

Bahan-bahannya:-

1. 1/2 kg ikan sardin/kembung/selayang – saya guna ikan sardin segar
2. 4-6 biji cili kering, direbus dan dimesin

3. 1/2 labu bawang besar-dimesin
4. 6 ulas bawang merah-dimesin
5. 4 ulas asam keping – masukkan 4 dulu lepas tu tambah jika perlu
6. 1 batang bunga kantan
7. segengam daun kesum
8. 1/2 bungkus laksa
9. 200gm udang segar
10. garam secukupnya
11. 1 1/2 – 2 liter air
Bahan hiasan
1. Ulam-ulam kegemaran anda
2. telur rebus
3. sebiji timun, dihiris halus
4. bawang besar-dihiris halus
5. bunga kantan-dihiris halus
6. cili padi/cili merah – dihiris halus
7. nenas-dihiris nipis (jika suka)
8. limau kasturi

Cara-caranya:-
Laksa

Memandangkan menggunakan laksa basah, maka rebus sekejap saja iaitu dalam anggaran 10 minit. Bila nak makan baru masukkan dalam penapis dan tapis sehingga kering air.

Kuah:-

Bersihkan ikan dan udang. hanya buang isi perut ikan sahaja dan basuh bersih. Bersihkan udang dan pisahkan antara isi dan kulit serta kepala udang. Isi udang masukkan kedalam bekas lain dan ketepikan

Rebus ikan dengan 800ml air dalam 20-30 minit bersama-sama dengan 2 keping asam keping. Keluarkan ikan dari periuk tapi air rebusan tu jangan dibuang. Pisahkan isi ikan dengan tulang dan kepala ikan. Pastikan isi ikan itu tiada tulang yang kecil-kecil tu. Masukkan isi ikan dalam bekas yang lain.

Masukkan air rebusan, tulang ikan, kepala ikan, kulit udang serta kepala udang kedalam blender dan blender sehingga lumat. Tapis ambil pati yang pekat. Pastikan anda tapis elok2. Bersihkan blender anda.

Blender pula cili, bawang dan isi udang sehingga lumat.
Masukkan cili yang diblender dan pati tulang ikan dalam periuk. Masukkan air selebihnya dan asam keping. Masak dengan api yang sederhana perlahan sehingga ia mendidih.

Lenyek2 isi ikan anda dengan belakang sudu. Masukkan kedalam periuk.

Masukkan bunga kantan dan daun kesum.

Biarkan ia sehingga betul-betul masak dan berasa asam. Masukkan garam dan tambah asam keping lagi jika anda rasa perlu.

Angkat dan boleh dihidangkan bersama laksa dan bahan hiasan yang lain.