Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api


masak jangan tak masak..
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api. masukkan cila sahaja ja, jangan masukkan api api sekali
dalam periuk tu kan kes naya pulak huhu


Bahan-bahan :
1. Ayam - dipotong dan dibersihkan
2. Cili Api - ditumbuk

3. Bawang merah - ditumbuk
4. Bawang putih - ditumbuk
5. Halia - ditumbuk
6. Serai - diketuk
7. Santan
8. Serbuk kunyit
9. Garam dan ajinomoto
10. Sedikit minyak untuk menumis
11. Air masak - sedikit sahaja (hanya untuk mematikan darah ayam sahaja)

Cara membuat :
1. Tumiskan bahan tumbuk dan serai hingga garing
2. Masukkan ayam dan air masak
3. Masukkan serbuk kunyit dan biarkan seketika sehingga ayam nampak kenyal
4. Bila air pada ayam itu sudah mulai mengering, masukkan santan
5. Masukkan juga garam dan ajinomoto
6. Kacau dan rasakan kuahnya.
7. Biarkan mereneh seketika (jangan terlalu lama, nanti pecah santan)
8. Tutup api dan hidangkan .
9. Sedap dimakan bersama nasi panas .. makan bersama roti atau ketupat pun boleh.